Petua hilangkan jerawat – kulit kayu manis

Petua hilangkan jerawat menggunakan kulit kayu manis:

 

Bahan-bahan yang diperlukan:

petua hilangkan jerawat

  1. 3 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  2. 3 sudu besar madu


Campurkan serbuk kulit kayu manis dengan madu sehingga betul-betul sebati. Sapukan pada jerawat yang sedang meradang sebelum tidur dan cucikan dengan air suam keesokan paginya. Insyaallah jika diulang selama 2 minggu, jerawat boleh dihilangkan sehingga ke akar umbinya.
Variasi:
Jika anda tiada serbuk kulit kayu manis, ikut langkah-kangkah dibawah:
  1. Ambil sebatang kayu manis dan tetakkan dengan lesung batu. Tidak perlu tumbuk sehingga hancur melainkan anda adalah Superman!
  2. Rendamkan kepingan kayu manis tadi didalam air yang sedikit/cetek dan biarkan semalaman
  3. Anda akan dapati kayu manis tadi akan mengeluarkan lendir jernih/keperangan. Jika belum keluar lagi, tunggu lagi sehingga ia keluar.
  4. Ambil lendir tersebut dan sapukan ke jerawat anda seperti arahan di atas
AWAS!! Pedih tak hengat! Tapi berkesan..
Kenapa menggunakan kulit kayu manis?
Jerawat terjadi apabila minyak kulit semulajadi (sebum) yang terhasil di liang roma dijangkiti bakteria akibat radikal bebas yang terdapat dalam udara seperti habuk dan kotoran lain. Penawar radikal bebas ialah antioksidan yang bertindak sebagai bahan peneutralan dan antiseptik. Bahan aktif yang terdapat dalam kulit kayu manis ini juga dipercayai boleh mengubati kerosakan sel kulit apabila tangan anda yang gatal telah memecahkan putil jerawat tersebut. Ouch!

 Buah-buahan juga kaya dengan antioksidan

Antioksidan juga terdapat dalam makanan dan tumbuhan lain seperti:

  • Anggur (berkulit merah gelap/ungu)
  • Beri biru (blueberry)
  • Cranberry
  • Buah delima
  • Beri Acerola
  • Elderberry
  • Buah prun
  • Buah noni (mengkudu)
  • Bilberry
  • Lidah buaya (aloe vera)
  • Buah gac
  • Seabuckthorn
  • Buah manggis (i loike!)
  • Teh rooboi
  • Jus acai
Walaupun sesetengah buah-buahan yang disenaraikan di atas terdapat di Malaysia, lebih dari separuh adalah buah-buahan eksotik dari Afrika dan Eropah yang mana kadar ORAC sebiji beri yang kecil sama dengan secawan buah manggis. Walaubagaimanapun, pakar pemakanan mengesyorkan pengambilan antioksidan perlulah daripada pelbagai sumber untuk memaksimumkan kadar keberkesanannya. Jadi, dekat bahagian mana di TESCO, GIANT atau CARREFOUR anda nak cari elderberry, seabuckthorn, bilberrry dan blueberry?? 

Tak perlu gusar!

Agel EXO mengandungi puri kesemua buah-buahan di atas dengan kadar komposisi yang tepat untuk menyahkan pengoksidaan dalam tubuh anda. Selain merawati jerawat daripada luar dengan mengaplikasikan petua hilangkan jerawat menggunakan pati kulit kayu manis, perawatan dari dalam juga amat penting untuk menghalang pertumbuhan jerawat pada masa akan datang. Antioksida yang terkandung dalam Agel EXO boleh membantu tubuh meneutralkan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh daripada udara yang kotor/berhabuk serta membantu  menghalang kerosakan sel akibat pengelembungan sebum di permukaan kulit. Makan sepaket sekali sehari sebelum sarapan. Tak perlu tenyeh di muka :)

This entry was posted in Petua hilangkan jerawat, Petua kecantikan muka, Petua kulit gebu, Petua kulit muka berminyak and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Petua hilangkan jerawat – kulit kayu manis

  1. elliptical says:

    Ini adalah info yang tepat yang saya cari , terima kasih! Arron

    elliptical

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>